Muzium-muzium di Johor

Johor Darul Takzim (JDT) mempunyai pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati. Bagi yang meminati tentang sejarah dan ingin mengetahui salah silah negeri ini boleh ke tempat-tempat ini :-

1.     Muzium Diraja Sultan Abu bakar.
Muzium Diraja Abu Bakar sebelum ditukar menjadi Istana bagi Almarhum Sultan Abu Bakar. Bangunan ini dibina pada tahun 1866, ia juga menjadi bangunan tertua di Johor. Pada hari ini, ia masih digunakan sebagai tempat untuk majlis rasmi dan keraian negeri. Di dalam bangunan ini dipenuhi dengan pelbagai maklumat dan artifak sejarah yang hebat tentang Keluarga Diraja Johor. Muzium ini dibuka pada hari Sabtu – Khamis dari jam 9 pagi hingga 5 petang.




2.     Muzium Kota Tinggi, Johor.
Muzium ini, menonjolkan sejarah dan tinggalan sejarah pemerintahan Kerajaan Johor Lama. Sebelum ini Kota Tinggi merupakan pusat pentadbiran bagi negeri Johor pada zaman Kesultanan Melayu pada tahun 1540. Ini kerana ke dudukannya di Lembah Sungai Johor yang merupakan wadah kesinambungan Kesultanan Melayu. Di lembah ini lahirnya Tun Sri Lanang Pengarang Melayu tersohor dan terawal menghasilkan Sejarah Melayu. Disebab itu, bangunan ini dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada tahun 1997 bagi memberitahu generasi Johor terutamanya tentang keagungan Melayu Johor. Muzium dibuka setiap Sabtu – Khamis adr jam 9 pagi hingga 4 petang. Kemasukan adalah percuma.





3.     Muzium Warisan Tiong-Hua, Johor Bahru.
Muzium Warisan Tiong-Hua dikenali sebagai Chinese Heritage Museum. Lokasinya terletak di Bandar Johor Bahru, di Jalan Ibrahim bagi mudah dikunjungi oleh pelancong. Ia merupakan galeri yang menempatkan informasi dan bahan bersejarah tentang komuniti masyarakat Cina dalam berperanan menjadikan tanaman lada hitam sebagai komoditi terpenting di dalam sejarah awal Johor moden. Dibuka dari hari Selasa hingga Ahad dari jam 9pagi hingga 5 petang.




4.     Muzium Nenas, Pontian.
Johor juga dengan penanaman dan pengeluaran nenas terbesar di Malaysia. Lokasi penanaman ini terletak di Pontian, Johor. Kira sejam perjalanan dari Johor Bahru. Disini pelancong berpeluang melihat sejarah warisan nenas dan cara proses penghasilan produk daripada nenas. Muzium ini terdapat pelbagai informasi berkaitan nenas, anda juga boleh membeli buah tangan yang diperbuat berasaskan nenas.





5.     Bangunan Sultan Ibrahim, Johor.
Bangunan Sultan Ibrahim merupakan mercu tanda dan tarikan pelancongan kerana senibina bangunannya yang sangat klasik. Bangunan ini merupakan bekas bangunan urus Setia negeri. Bangunan ini telah dibina tahun 1936 dan telah siap pada tahun 1940. Bangunan ini dibina oleh kerajaan kolonial British. Kedudukannya di Bukit Timbalan serta berharapan laut menghadap Singapura, ini antara faktor dijadikan bentang dan pusat arahan untuk mengintip aktiviti British semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu yang diketuai oleh Jeneral Yamashita Tomoyuki.





Kereta Sewa Larkin | Kereta Sewa JB
019-765 7474

Tempahan secara online 


Semak Harga

Pertanyaan - Hotline

1300 88 4040



Larkin Sentral Pesat Membangun

Johor Bahru merupakan “bandaraya kedua terbesar dan pusat perniagaan dan perdagangan di Malaysia. Penduduk sekitar Johor Bahru melebihi 876,000 orang. Ini disebabkan Johor Bahru merupakan sebuah pusat perindustrian, perdagangan, dan pelancongan yang utama. Pelancongan adalah penyumbang yang terbesar dalam ekonomi Johor Bahru. 60% daripada pelancong-pelancong yang melawati Malaysia melalui negara Singapura.

Johor Bahru, terletak 300 km tepat dari Kuala Lumpur berbanding Pulau Pinang. Ini membuatkan banyak perkhidmatan bas naik turun antara kedua-dua bandar besar. Jadi dalam menyediakan kelengkapan pengangkutan untuk penduduk Johor Bahru dan pelancong luar Johor Bahru. Kerajaan tempatan telah membuat terminal bas utama untuk bas tempat dan jarak jauh di Larkin Sentral.


Pandangan Bahagian Hadapan.





Larkin Sentral adalah terminal bas yang kedudukannya di Johor Bahru, Johor, Malaysia. Perkhidmatan bas dari Larkin Sentral, Johor terus ke daerah-daerah Johor, bandar-bandar di Semenanjung Malaysia, Singapura dan Hat Yai di Thailand.

Di peringkat awal tahun 1995, Larkin Sentral mempunyai 50 ruang bas. Lokasi Terminal Larkin di Jalan Kenyalang. Kaunter tiket anda boleh ke Aras 1. Di aras 1 anda juga boleh mencari restoran, mesin ATM dan kawasan penyimpanan bagasi (RM2/item; 0700 di buka sehingga 2200). Larkin Sentral juga buka tempat membeli tiket semata-mata. Anda boleh membeli-belah di Aras 2 dan di Aras 3 terdapat surau, restoran makan.

Jika anda daripada Singapura serta ingin ke Terminal Bas Larkin. Cara mudah adalah dengan menaiki teksi. Anggaran bayaran RM10 sehingga RM15 untuk perjalanan dari pusat bandar atau Jabatan Imigresen Malaysia (CIQ). Anda juga disarankan mendesak pemandu teksi untuk menggunakan meter.


Kesibukan di Larkin Sentral, Johor Bahru.



Pada 1 November 2014, syarikat perkhidmatan bas dari Singapura seperti SBS Transit Bas dan SMRT berpindah ke Larkin Sentral, Johor Bahru. Yang sebelum ini beroperasi di Jalan Tun Abdul Razak dan berlaku penutupan tetap Terminal Kotaraya. Ini membuatkan Larkin Sentral menjadi tempat tumpuan dan memudahkan penduduk sekitar Johor Bahru menaiki bas.

Dalam perbahasan Mesyuarat Ketiga (bajet 2017) Penggal persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar kata Mohamed Khaled (Menteri Besar Johor) berkata Jcorp bersama Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dalam proses menyebarkan peranan institusi wakaf menerusi program Wakaf Larkin Sentral yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan untuk membuat pelbagai perubahan yang akan di kawasan Larkin.



 Tempahan secara online 

www.klezcar.com

Semak Harga
https://www.klezcar.com/ratesearch.php

Pertanyaan - Hotline
1300 88 4040