Free 1 Day with minimum 2 Days Rental


Assalamualaikum dan Selamat pagi warga Johor ,





Kami dari Klezcar ingin mengucapkan 
Selamat Meenjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan 1438H 
buat semua umat Islam. 


Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih kebaikan untuk kita serta seluruh umat Islam
.
.
.


Klezcar masih menjalankan operasi perkhidmatan kereta sewa sepanjang bulan Ramadhan. 



Dapatkan kereta sewa anda di alamat ini :

1-B JALAN CENDERAWASIH, LARKIN JAYA .

.
.

Istimewa Ramadhan ini
**** Free 1 Day with minimum 2 Days Rental ! ****




Menyewa dengan Kereta Sewa Larkin Jaya untuk 2 hari atau lebih 
dan dapatkan percuma 1 hari sewaan. 

Hanya di Klezcar anda boleh jimat RM untuk 1 HARI sewa !
.
.
.

Hubungi Sekarang >>> 019-765 7474
[Kereta Sewa Larkin Jaya]

Promosi sah sehingga 20 Jun 2017
.
.


Layari laman web rasmi Klezcar www.klezcar.com atau hubungi 1300-88-4040 untuk info lanjut

Kemenangan Milik JDT Lagi !

Assalamualaikum dan Selamat Petang !

Liga Super Malaysia 2017 | Kemenangan Milik JDT Lagi !


JDT [3] - KELANTAN [2]


Tahniah JDT ! Alhamdulilah, kemenangan berpihak pada JDT juga akhirnya..


Siapa tengok perlawanan Liga Super Malaysia 2017 JDT menentang Kelantan baru-baru ini? Perlawanan yang bertarikh 12 April 2017 ini sedikit mendebarkan kerana kita dapat menyaksikan pasukan Kelantan telah mendahului pada awal perlawanan. Namun kemenangan JDT di penghujung permainan sememangnya sangat-sangat bermakna lebih-lebih lagi apabila menang di tempat lawan.

Menurut Benjamin Mora, Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak JDT, beliau amat berbangga dengan persembahan pemain-pemain JDT yang telah berjaya bangkit dari ketinggalan mata itu demi untuk memenangi perlawanan tersebut. Hidup Johor Demi Johor !

Perlawanan seterusnya adalah di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, pada hari Sabtu ini iaitu 15 April 2017. JDT akan menentang PKNS. Tiket bagi menyaksikan perlawanan ini sudah mula boleh didapatkan sejak jam 9:00 pagi tadi. Jom ramai-ramai kita sokong bola sepak Malaysia !


Nak datang ke Larkin 15hb nanti? Perlukan kereta sewa? 
Hubungi kami cepat-cepat tau~
Kereta Sewa Larkin Sentral
019-765 7474

Tempahan www.klezcar.com | Pertanyaan 1300-88-4040 (24 jam)


Perkhidmatan Kereta Sewa & Chauffer Johor

Perkhidmatan kereta sewa bersama pemandu. 
Kami bawa ke mana sahaja yang anda inginkan.




Kereta dijamin BERSIH, SELESA.
Diselenggara dengan BAIK.
Kereta baru . Tiada bau rokok. 






== Hubungi  +6012 715 1552 Untuk Servis Chauffer ==


Perjalanan anda bersama kami akan bermula di Johor dan seterusnya kemana jua yang anda nak pergi pun pemandu profesional kami boleh bawa. Unlimited Mileage. 
Yang penting, di dalam Malaysia.



== Hubungi +6012 715 1552 Untuk Servis Chauffer ==

Klezcar adalah sebuah syarikat berdaftar yang lazimnya menjalankan servis menyediakan kereta sewa kepada rakyat Malaysia mahupun pelancong dari luar negara. Kami beroperasi dengan lebih 70 cawangan hampir di seluruh Malaysia kecuali Sarawak.


Selain Chauffer, kami juga menyediakan khidmat kereta sewa untuk Majlis Perkahwinan + Dekorasi + pemandu / perkhidmatan pemandu VVIP atau peribadi serta airport transfer.
== Hubungi  +6012 715 1552  Untuk Servis Chauffer ==


Kereta Sewa Johor - Larkin Sentral
SMS/Whatsapp - 019-765 7474



Cars For Everyone,  Anytime & Anywhere
Tempahan www.klezcar.com | Pertanyaan 1300-88-4040 (24 jam)

Muzium-muzium di Johor

Johor Darul Takzim (JDT) mempunyai pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati. Bagi yang meminati tentang sejarah dan ingin mengetahui salah silah negeri ini boleh ke tempat-tempat ini :-

1.     Muzium Diraja Sultan Abu bakar.
Muzium Diraja Abu Bakar sebelum ditukar menjadi Istana bagi Almarhum Sultan Abu Bakar. Bangunan ini dibina pada tahun 1866, ia juga menjadi bangunan tertua di Johor. Pada hari ini, ia masih digunakan sebagai tempat untuk majlis rasmi dan keraian negeri. Di dalam bangunan ini dipenuhi dengan pelbagai maklumat dan artifak sejarah yang hebat tentang Keluarga Diraja Johor. Muzium ini dibuka pada hari Sabtu – Khamis dari jam 9 pagi hingga 5 petang.




2.     Muzium Kota Tinggi, Johor.
Muzium ini, menonjolkan sejarah dan tinggalan sejarah pemerintahan Kerajaan Johor Lama. Sebelum ini Kota Tinggi merupakan pusat pentadbiran bagi negeri Johor pada zaman Kesultanan Melayu pada tahun 1540. Ini kerana ke dudukannya di Lembah Sungai Johor yang merupakan wadah kesinambungan Kesultanan Melayu. Di lembah ini lahirnya Tun Sri Lanang Pengarang Melayu tersohor dan terawal menghasilkan Sejarah Melayu. Disebab itu, bangunan ini dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada tahun 1997 bagi memberitahu generasi Johor terutamanya tentang keagungan Melayu Johor. Muzium dibuka setiap Sabtu – Khamis adr jam 9 pagi hingga 4 petang. Kemasukan adalah percuma.





3.     Muzium Warisan Tiong-Hua, Johor Bahru.
Muzium Warisan Tiong-Hua dikenali sebagai Chinese Heritage Museum. Lokasinya terletak di Bandar Johor Bahru, di Jalan Ibrahim bagi mudah dikunjungi oleh pelancong. Ia merupakan galeri yang menempatkan informasi dan bahan bersejarah tentang komuniti masyarakat Cina dalam berperanan menjadikan tanaman lada hitam sebagai komoditi terpenting di dalam sejarah awal Johor moden. Dibuka dari hari Selasa hingga Ahad dari jam 9pagi hingga 5 petang.




4.     Muzium Nenas, Pontian.
Johor juga dengan penanaman dan pengeluaran nenas terbesar di Malaysia. Lokasi penanaman ini terletak di Pontian, Johor. Kira sejam perjalanan dari Johor Bahru. Disini pelancong berpeluang melihat sejarah warisan nenas dan cara proses penghasilan produk daripada nenas. Muzium ini terdapat pelbagai informasi berkaitan nenas, anda juga boleh membeli buah tangan yang diperbuat berasaskan nenas.





5.     Bangunan Sultan Ibrahim, Johor.
Bangunan Sultan Ibrahim merupakan mercu tanda dan tarikan pelancongan kerana senibina bangunannya yang sangat klasik. Bangunan ini merupakan bekas bangunan urus Setia negeri. Bangunan ini telah dibina tahun 1936 dan telah siap pada tahun 1940. Bangunan ini dibina oleh kerajaan kolonial British. Kedudukannya di Bukit Timbalan serta berharapan laut menghadap Singapura, ini antara faktor dijadikan bentang dan pusat arahan untuk mengintip aktiviti British semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu yang diketuai oleh Jeneral Yamashita Tomoyuki.





Kereta Sewa Larkin | Kereta Sewa JB
019-765 7474

Tempahan secara online 


Semak Harga

Pertanyaan - Hotline

1300 88 4040



Larkin Sentral Pesat Membangun

Johor Bahru merupakan “bandaraya kedua terbesar dan pusat perniagaan dan perdagangan di Malaysia. Penduduk sekitar Johor Bahru melebihi 876,000 orang. Ini disebabkan Johor Bahru merupakan sebuah pusat perindustrian, perdagangan, dan pelancongan yang utama. Pelancongan adalah penyumbang yang terbesar dalam ekonomi Johor Bahru. 60% daripada pelancong-pelancong yang melawati Malaysia melalui negara Singapura.

Johor Bahru, terletak 300 km tepat dari Kuala Lumpur berbanding Pulau Pinang. Ini membuatkan banyak perkhidmatan bas naik turun antara kedua-dua bandar besar. Jadi dalam menyediakan kelengkapan pengangkutan untuk penduduk Johor Bahru dan pelancong luar Johor Bahru. Kerajaan tempatan telah membuat terminal bas utama untuk bas tempat dan jarak jauh di Larkin Sentral.


Pandangan Bahagian Hadapan.





Larkin Sentral adalah terminal bas yang kedudukannya di Johor Bahru, Johor, Malaysia. Perkhidmatan bas dari Larkin Sentral, Johor terus ke daerah-daerah Johor, bandar-bandar di Semenanjung Malaysia, Singapura dan Hat Yai di Thailand.

Di peringkat awal tahun 1995, Larkin Sentral mempunyai 50 ruang bas. Lokasi Terminal Larkin di Jalan Kenyalang. Kaunter tiket anda boleh ke Aras 1. Di aras 1 anda juga boleh mencari restoran, mesin ATM dan kawasan penyimpanan bagasi (RM2/item; 0700 di buka sehingga 2200). Larkin Sentral juga buka tempat membeli tiket semata-mata. Anda boleh membeli-belah di Aras 2 dan di Aras 3 terdapat surau, restoran makan.

Jika anda daripada Singapura serta ingin ke Terminal Bas Larkin. Cara mudah adalah dengan menaiki teksi. Anggaran bayaran RM10 sehingga RM15 untuk perjalanan dari pusat bandar atau Jabatan Imigresen Malaysia (CIQ). Anda juga disarankan mendesak pemandu teksi untuk menggunakan meter.


Kesibukan di Larkin Sentral, Johor Bahru.



Pada 1 November 2014, syarikat perkhidmatan bas dari Singapura seperti SBS Transit Bas dan SMRT berpindah ke Larkin Sentral, Johor Bahru. Yang sebelum ini beroperasi di Jalan Tun Abdul Razak dan berlaku penutupan tetap Terminal Kotaraya. Ini membuatkan Larkin Sentral menjadi tempat tumpuan dan memudahkan penduduk sekitar Johor Bahru menaiki bas.

Dalam perbahasan Mesyuarat Ketiga (bajet 2017) Penggal persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar kata Mohamed Khaled (Menteri Besar Johor) berkata Jcorp bersama Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dalam proses menyebarkan peranan institusi wakaf menerusi program Wakaf Larkin Sentral yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan untuk membuat pelbagai perubahan yang akan di kawasan Larkin.



 Tempahan secara online 

www.klezcar.com

Semak Harga
https://www.klezcar.com/ratesearch.php

Pertanyaan - Hotline
1300 88 4040